RSS

Xpdc Kronologi

Titian Perjalanan


Tragedy adalah nama asal kumpulan XPDC.Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila kumpulan ini dilanda perpecahan.Penarikkan diri Yazid dan Man tobey telah mengundang Lee dan Zua sebagai penggantinya.Dengan penukaran ahli ini dan dengan nasihat penerbitnya J.S.Kevin nama XPDC telah dipilih sebagai nama barunya.


XPDC lahir tanpa mendapat publisiti yang hebat.Mereka lahir ketika era rock di zaman kemuncaknya.Oleh itu terlalu banyak persaingan yang perlu mereka tempuhi terutama dari kumpulan yang telah mencipta nama.Kelahirannya tidak dirasai oleh peminat rock ketika itu.Namun dari barisan artis ternama XPDC dapat mencelah nama mereka.Ianya berpunca kerana lagu mengeja C.I.N.T.A ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin.Lagu mengeja ini tidak pernah ujud sebelumnya.Dengan populiriti lagu ini XPDC setapak demi setapak mengorak langkahnya.Konsep muzik mereka ketika itu banyak kepada irama Trash dan Heavy Metal.Motto XPDC ketika itu mereka tidak boleh menjadi seperti kumpulan Search,Rusty Blade atau WINGS kerana masing-masing ada 'tred mark' tersendiri.Oleh itu XPDC seharusnya mencari kelainan dari apa yang telah ada.Maka itu lahir XPDC dengan imej mereka tersendiri.Tidak dinafikan popularitinya mula mereka raih selepas kelahiran album Brutal. Mereka boleh diibaratkan seperti pepatah ' susah dahulu, senang kemudiannya".


Kumpulan Yang Unik


XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy.Seperti telah menjadi badinya mereka sering menerima badi perpecahan anggotanya.Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini.Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan Handy Black.Namun pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang konterversi yang paling hebat.Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan Kumpulan ini akan berkubur.Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular.Lebih uniknya album Brutal ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.Pengunduran Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa).Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya telah digganti sementara oleh Lola.Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri.Terbaru pemain gitar bassnya ZUAR mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri.Sehingga kini XPDC telah mengalami proses penukaran ahlinya sebanyak 4 kali.Namun nama mereka masih tetap menjadi sanjungan peminatnya


Dengan kegawatan ekonomi yang melanda negara,industri muzik juga menerima tempiasnya.Ramai artis mengeluh dengan jualan album dan undangan pertunjukkan yang makin berkurangan.Namun XPDC seolah-olah menafikannya apabila album-album mereka tetap mendapat sambutan hangat.Mereka juga sering diundang mengadakan pertunjukkan pentas.XPDC dikatakan sebuah kumpulan yang langsung tidak menerima impaknya dari kemerosotan ekonomi.


Rahsia XPDC


XPDC diujudkan dengan sifat jujur kepada muzik.Kebanyakkan artis bermodalkan populariti dan glomour sebagai aset.Tetapi XPDC menggunakan kualiti album dan persembahan sebagai aset utamanya.XPDC tidak pernah terburu-buru melahirkan album terbarunya.Setiap kelahiran album terbarunya XPDC memerlukan dua atau 3 tahun untuk disiapkan.Pemilihan lagu yang sesuai dan terbaik sering dijadikan keutamaanya.


Pembabitan awalnya XPDC jarang diberi publisiti murahan dan sering mengelak diri dari terbabit dalam konterversi.Kerana itu XPDC seolah-olahnya kurang mendapat publisitinya.Ianya dilakukan sebagai rangka perancangan jangka panjang.Pihak syarikat rakaman menjangkakan artis yang diberi publisiti keterlaluan akan memendekkan jangka hajatnya.Tambahan pula tidak mahu setiap anggota XPDC terlena dengan populariti yang keterlaluan.Ternyata disebalik kurang menonjolnya XPDC terutamanya dimedia cetak dan massa telah melahirkan sifat kerinduan yang mendalam peminatnya.Maka kerana itu seringkali kemunculan XPDC baik untuk album-album terbarunya dan setiap pertunjukkan pentasnya sering di tunggu-tunggu."Diam besi berkarat, diam ubi berisi".Tapi kini XPDC menjadi buruan pihak mediaa massa untuk mendapat bahan terbaru sebagai tatapan peminatnya.


Anggota Terbaru
Umum telah mengetahui Zuar tidak lagi bersama XPDC. Pemain gitar bass ini mengangotai XPDC sejak album sulung mereka lagi (XPDC-DARJAH SATU 1990). Pengunduran Zuar kerana ingin membawa haluannya sendiri. Zuar kini menggangotai kumpulan barunya CAPERO dan bertindak sebagai penyanyi utama. Pengundurannya diganti oleh Yan bekas anggota kumpulan Lefthanded. Yan bukanlah orang baru dengan XPDC. Beliau telah bekerja dibalik tabir pembikinan album XPDC sejak album Kita Pen-Yu lagi (Album ketiga 1994).Kehadiran Yan dinggap paling sesuai kerana selain dari pengalaman yang ada padanya juga lebih memantapkan pemainan XPDC terutamanya ketika mengadakan pertunjukkan pentas. Tidak dinafikan antara kedua mereka tetap ada kelebihannya.


Imej Penampilan


Rambut panjang


Pepatah orang tua jangan berambut panjang jika takut mati.Seperti kumpulan rock seangkatan dan sebelumnya XPDC sejak penampilan awalnya telah berambut panjang.Apabila rambut panjang menjadi isu XPDC turut akur dengannya terutamanya ketika album keduanya baru dilancarkan.Namun kerana berambut pendek peminatnya seolah mulai tawar untuk meminati mereka.Album keduanya kurang mendapat sambutan jika dibandingkan dengan sambutan hangat untuk album sulung mereka. Lantaran itu XPDC tidak pernah lagi menoleh untuk terus berambut panjang.


Akibatnya lagu-lagu mereka menajdi sasaran disenarai hitamkan oleh RTM.Walaupun lagu mereka tidak berkumandang dicorong radio tetapi disebaliknya mereka mula menambahkan pengikut setianya.Bagi XPDC imej dan peribadi tidak boleh dinilai melalui luaran semata tetapi dari sifat dalaman. Ada artis yang mencari publisiti murahan melalui gossip atau konterversi tetapi XPDC cuba mengelakkannya.Kerana itu walaupun ketika isu rambut panjang menjadi hangat XPDC lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri. Akhirnya kini lagu-lagu XPDC mendapat tempatnya untuk siaran radio di RTM. Apa yang lebih membanggakan XPDC kini menjadi " artis kesanyangan RTM" apabila mula sering dijemput untuk mengadakan rakam programme untuk siaran Radio dan TV di RTM.


Konsert


XPDC adalah kumpulan yang paling aktif mengadakan pertunjukkan keserata pelusuk tanahair.Tidak kira konsert besar atau yang berbentuk mini konsert. Pertunjukkan mereka sentiasa menjanjikan kehadiran peminat yang teramai. Beberapa siri konsert besar dan mini konsert telah diatur untuk XPDC. Terutamanya dalam mempromosikan album terbaru mereka ini. Siri pertunjukkan pentas ini akan dimulai dengan pertunjukakn di Brunei D.S. dan akan diikuti dibeberapa tempat di Sabah dan Sarawak.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan