RSS

ALBUM SIL KHANNAZ _ GERBANG KAYANGAN (2006) DELUXE EDITION


ALBUM SIL KHANNAZ _ GERBANG KAYANGAN (2006) DELUXE EDITION

01. GERBANG KAYANGAN
02. PURNAMARJUNA
03. SANTAPAN TERAKHIR RAJA BERSIONG
04. HAMBA MALAM
05. MERONG MAHAWANGSA
06. DEBAUCH ABSORBTION
07. EASTERN BARBARIC SKULLKRUSHER
08. ANGIN SHARSHAR *
09. CRAZY NIGHT *
10. THE FADING LUNAR *
11. SANTAPAN TERAKHIR RAJA BERSIONG *
12. PURNAMARJUNA *

 * BONUS TRACKS

---------------------------------------------------------------------------------------------------
LIRIK LAGU ALBUM SIL KHANNAZ - GERBANG KAYANGAN
---------------------------------------------------------------------------------------------------

01. GERBANG KAYANGAN

DINGIN SEMILIR PAGI
SENJUJUK KE TULANG HITAM
MENGANGKAT AKU KE BAHTERA AWANA
BERTATAH PETIR MENERJAH AWAN

BERLARI KUDA-KUDA HITAM
MEMBUJUK LANGIT
MENAFI TANAH
MENAFI LAUTAN
BAGAI HALILINTAR
RINDUKAN AMANG

KU SERU LANGIT MEMBUKA BIDAI
KU SERU AWAN MENYEMBAH BUMI
MENGALIR PANAS DARAH DI RAGA
DARAH TURUNAN INDERA SAPURBA

AGUNGNYA PANCA DEPAN MATA KU
MARINYA TURUN TUJUH DAYANG
MENERJAH AKU PUTERA SAKTI
MERAFAK DI BUKA GERBANG KAYANGAN

BAGAI INDRAJIT DEPAN RAWANA
SEPULUH KEPALA SEPULUH BAHU
BERDATIK SAJA MENGAKU DI RAJA
AKU TUNTUT JANJI MU PRABU
SANG SITA BALIK DALAM PELUKKAN KU

MUZIK : CD KHANZAB LIRIK : INDRAJIT
SUSUNAN MUZIK : SIL KHANNAZ

---------------------------------------------------------------------------------------------------

02. PURNAMARJUNA

KAULAH SEGALANYA PUTERI
PENYERI MALAM BULAN PURNAMA
TAK TERCAPAI, KU TERPEGUN DAN TERHENTI SEJENAK
DAN RIBUT KENCANG MELAYANGKAN KENANGAN
KENANGAN SILAM YANG MENGHANYUTKAN HARAPAN
TENGGELAM KE DASAR LAUT BIRU ASMARA
DI TELAN DI PUKUL OMBAK
TERDAMPAR DI PASIR HITAM, BERGELUT GELOMBANG

(TINGGALLAH KAU WAHAI SANG PUNGGUK,TAK PERLU KAU MENGEJAR AKU..
TAK SANGGUP AKU BERPIJAKKAN TANAH,PENCARIAN TANPA MENJANJI KAN MU..PENENTU!!!)

USAH KAU HALANG BULAN YANG MENGAMBANG
GELAP GELITA KU RASA CINTA KU
DI PUNCAK SANA KU SETIA MENUNGGU
MENANTIKAN BULAN MENGAMBANG
GILANG-GEMILANG

DEMI KAU ADUHAI PUTERI
SERIBU PURNAMA KU NANTI
MENANTI WAJAH YANG KU PUJA
MENJELMA...

MUNGKIN BESOK MALAM YANG MENANTI
BERSAMA BULAN DAN BINTANGNYA
MUNGKINKAH KAU AKAN MENJELMA
OH PUTERI LINDUNGAN BULAN

PUTERI LINDUNGAN BULAN
PUTERI LINDUNGAN BULAN
PUTERI LINDUNGAN BULAN

MUZIK : CD KHANZAB LIRIK : JAIE JOKHANNAZ
SUSUNAN MUZIK : SIL KHANNAZ

---------------------------------------------------------------------------------------------------

03. SANTAPAN TERAKHIR RAJA BERSIONG

KAN KU HIMPUN KAN SUATU KEHIDUPAN
MISTERI PETAKA YANG DI LUPAKAN
PENGABDIAN DIRI DI CENGKAM KESESATAN
MENANGISI HUKUM DARJAT KEBESARAN

KAN KU HIMPUNKAN DONGENG PURBAKALA
HIDANGAN SANTAPAN PADUKA BAGINDA
HIKAYAT BERDARAH SEMARAK PAWAKA
SEMBAH DI JUNJUNG MENGUNDANG CELAKA

BELATI BERGANJA GADING
GEMPITA RATNA MUTU KEHANCURAN
ARCA MERCU KESESATAN,MENGHITUNG AJAL
KAN KU SEMBAHKAN KORBAN PENGLIPURLARA
HIKAYAT BERDARAH PADUKA BAGINDA

MUZIK : CD KHANZAB LIRIK : JAIE JOKHANNAZ
SUSUNAN MUZIK : SIL KHANNAZ

---------------------------------------------------------------------------------------------------

04. HAMBA MALAM

LINGKARAN MALAM MERINTIH
KABUS MENJALAR KESEJUKAN
PADA MALAM BERMANDIKAN BULAN
MEMBIAS LANGIT KEGELAPAN
MEMBISIK GELISAH DI HATIMU
MENYELAM KEHIDUPAN BERNAMA "SEMANGAT"

ADA GERUN BERGELUT RESAH,GEMENTAR
ADA BISIKAN MEMBELAI PERASAAN
HILANG PERTIMBANGAN,HILANG MARUAH
HILANG,HILANG SEGALANYA
HILANG KEYAKINAN,HILANG,HILANGLAH SEGALANYA

KU CARI DIRI SENDIRI
DAN KEGELAPAN MENCIPTA PERASAAN
SENDIRIAN MENGINTAI KEKERDILAN
ANTARA KEYAKINAN DAN BIRAHI

RUANG GELAP MERENUNG TAJAM
TERPANCAR IGAUAN MENCENGKAM NGERI
DI DADA MALAM BERGELUT GEMURUH
KILASAN SIANG DI GULUNG MALAM

REBAH SANG MELATI MALAM
BERLAGU ENAK GELORA SEPI
DI BASAHI EMBUN DI BIBIR MALAM
MELEWATI AWAN DI PUNCAK BULAN

MUZIK : CD KHANZAB LIRIK : JAIE JOKHANNAZ
SUSUNAN MUZIK : SIL KHANNAZ

---------------------------------------------------------------------------------------------------

05. MERONG MAHAWANGSA

BENTARA HITUNGKANLAH MIMPI INI
SINGGAHSANA KU MENANTI DI QALHA
MEMBUAI RIBUT LAKSANA SUTERA
KU BELAI TAUFAN DI HUJUNG BAHTERA

PADUKA ANDIKA PRA' ONG MAHAWANGSA

SUJUDLAH ENGKAU SERAHKAN PUTERI MU
KESAKTIAN PUSAR BENTARA JADI JENTAYU
GAH SI NAGA LAGI BARANG KENAIKAN KU
GELORA DI LAUT BERCANDA DI AWANAN

KUALA TAWAI SAKSI BENCANA
DILANGGAR GARUDA LANGKAPURI
ENGKAU DI PUNCAK MENGIBAR AWAN
DI PANAH AKU, PRA' ONG MAHAWANGSA

HAI GARUDA DURJANA,JIKA SUNGGUH NIAT MU
KU PANAH ENGKAU MENJALAR MATI
KU GANTUNG DIRIMU DI ALANGAN
KERINGLAH ENGKAU DI TIANG SULA

HAI PANAH SAKTI KU
JIKA BENAR NAMA MU BENANA PURA
JIKA BENAR KAU MEMPUNYAI KESAKTIAN
TUNJUKKANLAH!!!'

HANYUT TANAH TAK BERTUAN
RAKYAT TIDAK BERTUAN
DITABALK\ AKU DI SEGARA MASIN
RAJA QALHA, PRA' ONG MAHAWANGSA

MUZIK : CD KHANZAB LIRIK : JAIE JOKHANNAZ
SUSUNAN MUZIK : SIL KHANNAZ

---------------------------------------------------------------------------------------------------

08. ANGIN SHARSHAR * BONUS TRACK

TUJUH MALAM LAPAN HARI
KAUM IRAM TERSIKSA
AKAN TURUN ANGIN SHARSHAR
MENGHILANGKAN SEMUA KESAN KEGAGALAN

BERGELIMPANGAN
BAGAI POHON TAMAR YANG TUMBANG
PEMBALASAN ATAS KEKUFURAN
MEREKA YANG JAHIL MUKAKKAB

TIADA MEREKA AKUR DARI SIAPA
DATANGNYA HUJAN YANG LEBAT
DATANGNYA MATA AIR
DATANGNYA HAIWAN..

ANGIN SHARSHAR ANGIN LEMBUDU
MENYAKSIKAN HARI-HARI CELAKA DI DUNIA
MALAPETAKA HEBAT DAN LEBIH HINA
MENANTI MEREKA PASTI!

MUZIK : CD KHANZAB LIRIK : ONE BARCHIEL






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen